
Dia merenungku. Tepat ke dua bebola mata yang hitam dah putih. Menjadikan aku diri yang menekur ke lantai dunia. Malu.
"Mengapa kau masih berma'siat, buat jahat, ikut perasaan sendiri? Bukankah kau mendirikan solat?"
Dia agak 'memetir' tika itu. Bait-bait suara yang jerlus masuk ke gegendang telinga. Raut wajahnya menyinga.
Aku diam. Tak bersuara. Usang suasana.
"Mengapa diam? Kau malu? Pandang aku!!"
[Aku diam masih. Ada titis jernih mengalir perlahan di pipi] - oh Tuhan, aku menangis.
Melihat aku yang kayu dan kaku, dia lantas bangkit berlalu. Buang masa agaknya menunggu aku yang membisu.
[ "Wahai.......!!!" ]
....aku ingin bersuara, memanggilnya kembali. Namun suaraku bagai tersekat di kerongkong dalam. Aku tak mampu menghamburkan sesalan ini. Tak betah nak menyuarakan apa-apa. Aku kudung di rongga tenang. Kelam kabut. Dia telah pergi, tinggalkan aku sendiri.
Air mata terus mengalir. Makin deras. Dan, tetiba yang ajaib. Aku terlihat satu bungkusan di tepi sirat tempat kami berjumpa. Aku gapai. Jelas tertulis namaku di atasnya. Aku buka perlahan.
"Yakni bacalah dan sampaikanlah Al-Qur'an ini kepada umatmu, dan suruhlah mereka membacanya, mempelajari kandungannya dan mengamalkannya. Dan kerjakanlah sembahyang dengan tekun dan sempurna, ikhlas dan khusyuk, kerana sembahyang yang demikian keadaannya akan mencegah orang yang mengerjakannya dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Dan hendaklah engkau dan umatmu sentiasa menyebut dan mengingati Allah Ta'ala, kerana yang demikian sangat besar manfaatnya."
[kesimpulan dari Surah Al-Ankabut ayat 45]
Titis air mata yang semakin deras mengalir. Dan, sesungguhnya dia telah pun mengetahui jawapan untuk setiap persoalannya tadi.
4 comments:
along? ini...? saya tak faham latar ceritanya..
tabula rasa maknanya fitrah. cerita ini ttg monolog manusia dgn fitrahnya yg bersih :)
terpukul bila kejahatan dan kebaikan bersemuka :(
Katakan kau diam tanpa kesal,
maka ribut di hati, siapakan yang mengerti?
dibisik di sanubari, dilawan katanya hati, iman nafsu berbicara,
bertelingkah pada..
perihal... dunia.. siapa... aku abdi Dia.. kenapa, ditanya, ke mana,
arah yang kau bawa..
ingatlah.. sahabat... dunia, hanya sementara.. pinjaman yang Esa..
sedarlah... jgn kau biarkan..
jangan kau biarkan nafsu itu mengaburi mata, sedang hati kecil mu
meronta...
hati kecil itu, seringkali kecewa, pada hati besar mu yang tak usai
melawan fitrah.. terpecah2 kata, terpaku kelu bicara...
hoho...along fami dah bicara :)
Post a Comment